Pengikut

Ahad, 11 Mei 2014

Anak ibu



Anak ibu

Kemas pakaianku hari ini ibu..
Dengan rambut bersikat rapi...
Sebenarnya aku teringat hari sekolah waktu kecil..
Rambutku kau sikat tertampal di dahi...

Ayuh ke sini...
Debuan bedak ditampal pada pipi...
Putihnya bedak itu,tapi aku tidak...
Ibu..itu cerita belasan tahun dahulu...

Kini merantau jauh dari pangkuanmu..
Aku melihat wajah-wajah tua pada kelilingku...
Sepandangnya pada mereka terditik di hatiku...
Ibuku yang tua itulah tempat aku kesat air mataku..

Ibu...lidahku kini menyentuh pelbagai masakan..
Yang dikata enak dari mulut orang-orang...
Kucuba telan untuk kenyangkan perut kosong..
Tapi enaknya tidak seperti sentuhamu ibu..

Ibu..andai suatu hari aku kehilanganmu..
Aku tidak pasti bagaimana bakal berlagu rentak hatiku..
Bagaimana bakal terlonglai kemudi kakiku..
Kerana aku tahu kau sedang mengira untuk ke arah itu...

Ibu..aku bimbang tak mampu menjadi anak yang berbakti..
Kesal berkelakuan menyakitkan hati..
Kadang tolak permintaan mengeluh lagi..
Padahal dikau insan yang disanjung tinggi...

Ku tiada apa-apa yang berharga mampu kukorban dari jauh..
Jarak ini membataskan khidmatku untukmu..
Tapi aku miliki sebentuk hadiah untukmu..
Kerana jasamu,senak dadamu,titis peluhmu..
Tak dapat ku bayar dengan harta dan kudratku...
Cuma sebentuk hadiah yang tidak terputus dariku..
Sebentuk hadiah yang bernama kalungan doa...
Kerana walau aku mendaki langit,mastautin di laut,
Tertanam di bumi sekalipun...
Aku tetap anak ibu..