Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

(sambungan) Asas Fotografi Digital

2. Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR

1.Pro
2.Semi pro
3.Prosumer
4.Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain.Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
•Nikon D3
•Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital

• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
Sistem Four Third

Lensa

Jenis-jenis Lensa

Terdapat 4 jenis lens.
Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.
Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar.
Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism.
Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm
Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Sigma 10-20mm Ultra wide lens

telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :

a) Kategori : Ultra wide – fish eye
Lensa: Nikkor 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye. Selain ini:Tokina 10‐17mm
Contoh Gambar :



  • Pandangan membengkok.
  • Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif.

b)Kategori : Ultra Wide
Lensa : Nikkor AF‐S 14‐24mm f/2.8G ED. Selain lens ini: Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 ED DX Sigma 10‐20mm Tokina 12‐24mm
Contoh Gambar :
  • Perspektif latang belakang yang luas.
  • Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group photo, perkahwinan dan photojournalism.

c)Kategori :Standard Zoom Kit lens
Lensa : Nikkor 18‐55mm f/3.5‐5.6G ED II AF‐S DX Zoom.Selain lens ini, Tamron 17‐50mm f2.8 Canon 17‐55 mm Contoh Gambar :

  • Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom
  • Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi
d)Kategori : Standard (tiada zoom)
Lensa :Noctilux 50mm f/1.0.Lain‐lain Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 Nikkor 35mm
Contoh Gambar :

  • Perspektif latarbelakang yang biasa.
  • Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion)

e)Kategori : Telefoto (tiada zoom)
Lensa :Canon 85mm f1.2L

Contoh Gambar :
  • Perspektif latarbelakang yang kecil.
  • Kesesuaian penggunaan : portrait

f)Kategori : Telefoto Zoom
Lensa : Nikkor 70‐200mm f/2.8G ED‐IF AF‐S VR

Contoh Gambar :
  • Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait


Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh

Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.


30mm f2.8 80mm f2.8
Panjang Fokal

Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas
Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.
 Panjang fokal dan perspektif.
Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.


Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk mendapatkan satu gambar yang serupa.


Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.
Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.


Sambung...
Sumber gambar :www.pbase.com
http://adhadimohd.com

Asas Fotografi Digital



1. Pengenalan
Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.

Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

bersambung...

Adab-adab menegur

Kita dijadikan Oleh Allah dengan ketidak sempurnaan.

 Kita hidup sebagai manusia ini sebernanya tidak sempurna, jadilah diri sendiri tetapi berlandaskan agama islam. Jangan la cuba menjadi sesorang yang lain semata mata menjadi seseorang di khalayak ramai. Orang2 yang alim di mata umum itu juga ada ketidak sempurnaanya. Menegur mereka2 perlu dengan ilmu, jgn sampai ada yang terasa hati, jika sesorang tu sudh berasa hati ngn teguran itu apa pula balasannya d sisi Allah? Menegur seseorang perlu dengan adab, lebih2 lagi dengan sahabat2 kita yang rapat. Teguran itu adalh baek skali sebenarnya, tp kna tahu adab2 ya.. manusia ini pelbagai jenis dan walhal..

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:  

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran



 

ADAB MENEGUR

Rasulullah bersabda;
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده
"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya"


ADAB MENEGUR (DO’s and DON’T)

1 : Adab memulakan teguran, Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita. Panggillah Abang (bagi yang sudah halal ikatannya), Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

2 : Alternatif baik: sampaikan idea dalam teguran.
Contohnya memulakan ayat seperti “Sahabat, ana fikir sepatutnya begini begini…”
Ataupun dalam bentuk cerita atau qias yang LOGIK. Jangan terlalu memberi contoh yang meriakkan diri anda dan jangan terlalu menekankan isu remeh temeh. Jika perlu juga ditegur, janganlah terlalu mendesak sehingga mereka rasa terpaksa dan bosan.

3 : DON’T : ‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’. Amat menakutkan sekali golongan ini yang menegur dek kerana memikirkan diri itu mulia. Iya, mungkin ada benarnya kata-kata seseorang yang menegur, tetapi harus di ingat bahawa kita tidak mungkin mulia jika niat kita terpesong sedari awal.






Bukankah ALLAH swt ada berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya. Jadi, diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia (salah satunya tanggungjawab menegur ini) dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allahu subhanahu wa ta’ala (ALLAH yang maha Haq menilai iman dan taqwa seseorang).
TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI
Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.Di sini selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhati perubahan seseorang setelah di tegur.
Contohnya isu yang bertunas dikalangan para daie dan badan jemaah, apabila seorang ahli punya nilai yang sedikit lemah seperti dalam cara beroganisasi atau permasalah umat yang bertunjang kini iaitu pemakaian. Ramai yang pasti mengutuk ‘kedegilan’ mereka untuk menerima teguran sedangkan mereka hidup dalam jemaah yang roh tarbiyyahnya kuat.
Mengulas sedikit tentang isu ini, terdapat ulasan dari Syeikh dr. yusuf al-qardhawi bahawa;




'Mereka yang berpenyakit hati (cinta dunia) ini seperti pesakit yang menghdp suatu penyakit. Lalu tentu penyakit dan ubatannya berbeza mengikut jenis dan tahapnya. Namun bg pesakit apa yang lbh penting sbnrnya adalah perhatian para doctor (pengamal perubatan) yang memberi motivasi, sabar dalam mengubati dan hemah dalam berhadapan dengan pesakit. Lalu para daie, haruslh belajar memahami situasi penyakit hati dan bersabar srta berhemahlah dalam mengubati'
Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni:

Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.’
Oleh itu cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah ia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan.”
TegurlahNak menegur tidak salah, malah diperintah agama!

Dari surah Al-Asr,
“Dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”
Hadis riwayat Muslim,
“Agama itu nasihat”

Dua dalil ini menunjukkan nasihat itu tuntutan agama. Tapi nasihatlah dengan tawaduk dan rendah diri. Buangkan ego dan buruk sangka.
Sabarlah…Akhir sekali saya ingin katakan pada sahabat-sahabat saya yang saya sayang, sabarlah…

Sabarlah kerana memang inilah janji Allah. Inilah sunnatullah terhadap sang pejuang. Biarlah kita ini pejuang bak debu, kadang kala hadirnya kita hanya menyusahkan yang lain, dek kerana debu itu melekat-lekat di pakaian dan kenderaan sang pejuang besar, tapi sekurang-kurangnya kita mendapat berkatnya sang pejuang itu.
Sabarlah…

Nabi pernah digelar gila, dilempar najis dan batu. Kita sekadar sedih dikata macam-macam. Jangan dilayan kemuncup di tengah jalan. Ingat pesan Tuan Guru. Perjuangan kita ini tidak akan tercabut kerana tunjangnya Islam. Janganlah terlalu rakus mengharap perubahan insani. Berilah mereka ruang berfikir dan tegurlah dengan berhemah. Supaya kita tidak dibenci, benci yang menyebabkan kita hilang ruang untuk terus menegur.

Sabtu, 25 Disember 2010

Canon 30d dalam pernantianku..

Salam semua..uhuhu.. insyallah minggu depan say akan menerima Dslr yg 1st dlm hidup saya, banyak telah saya korbankan utk memiliki DSLR ini..huhu..Mengapa saya terhegeh2 nk beli Dslr ni kn? Yang sebenarnya saya sememangnya minat dalm mengambil gambr ini, lama sudah niat ni dsimpn, smpai sekarg masih xda lg kamera sendri termasuklah compact kamera..huhu..tp sy lupakan hajat saya tok memiliki keperluan lain, Oleh kerana lagi saya ini minat sangt dengan melawat atau menziarahi ke tempt2 baru n saudara2 kita, sy inginkn satu kenangan yang terindah dalam hidup saya... Insyallah minggu dpn akan tiba dari Jepun.. Terima kasih wat sahabatku Rassad bnyk membantu sya dlm hal2 ni..uhuuhu..


Pulang kursus fotografi dari cameron highland

salam semua.. sudah lame saya tidak mengupdate blog ini.. almaklum lah baru pulang dari cameron..uhuh.. alhamdulilah saya dan rakan2 selamat pergi kesana n selamat pulang ke Kuantan.. walaupn semasa kami pulang ke Kuantan, kami mendapat berita bahawa pada pagi Isnin pada 20hb Dis berlakunya kemalangan ngeri yang membabitkan bus persiaran.. Seramai 27 orang terkorban, semua mangsa dari Thailand dan 3 orang dari Malaysia. Al-fatihah kpd mangsa yang beragama Islam iaitu pemandu n mybe beberapa mangsa dari Thailand.. Kemalangan tersebut sememangnya menyayat hati... Mujur alhamdulilah bus kami tidak melalui laluan tersebut iaitu Simpang Pulai, bus kami melalui jalan dari Kuala Lipis, tapi jalan tersebut sebenarnya lagi bahaya berbanding Simpang Pulai tu, tapi syukur sangat kami semua selamat tiba..


>Alhamdulilah kami semua dapat menyelesaikan kursus asa fotografi tersebut bermula pada 18hb hingga 20 hb Disember 2010.. Memang seronok berada disana walaupun masih tiada DSLR pd ketika itu, tetapi kami diberi peluang utk menggunakan DSLR fasi2 kami.. uhuhu.. Disana kami diberi pendedahan awalan mengenai kamera, fungsi kamera, teknik mengambil gambar dan jenis2 shoot gambar, kami memang agak bertuah kerana kursus ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengajian kami.. Antara gambar2 ketika berada disana :

Kat atas menara ni memang sejuk sangat!!!

rakan2 sekampus
 Kebun teh BOH

Gambar pattern yang sempat saya ambil

Banyak lagi gambar yg ingin saya upload tapi internet slow plak..uhuhu... Pape pun kursus asas ini telah banyak mengajar saya dari ambil ambil hingga edit gambar.. uhuhu..

Selasa, 14 Disember 2010

Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi


Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang


Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan


Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang


Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa


Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa


Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga


Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan


Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati


Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari


Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin


Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa


Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya


Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang


Tuan Puteri membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari

Pilihan ku


setelah ditolak tambah, bahagi campur, square kuasa 2, darab dapat sama dengan canon 30d.. uhuhu.. Insyallah canon 30d akan ku miliki.. walaupun model ni sudah lame dalam tahun 2006, tapi masih berprenstasi.. Oleh sebab aku ini masih baru so xsalah aku menggunakan model ini.. Dinasihatkan oleh seorang sahabat supaya trus beli model semipro ni sb kemampuannya lagi baek dari model new entry level..uhuhu


Sem Baru dis 2010

As salam semua... Untuk entry saya pada hari ini just nk cter pasal kehidupan sem last ini. Insyallah sem ni saya last berada di Politeknik ini dan insyallah akan konvo nanti..uhuh..Disebabkan banyak kelas x mula lagi menyebabkan keresahan hati memikirkan future, terasa beban yang akan tiba pada satu masa nanti.. dan sem ni juga saya join JawatanKuasa Pewakilan Pelajar, tapi kena bertanding dulu..uhuhu, vote me tau..huh.. xtahu la mcm mane agaknya, Insyallah akan depermudahankn. Dan sem akhir ini juga saya mengambil Muet!!, huish insyallah boleh!!.. Hope saya dapat menjalani kehidupan hari2 seperti biasa dengan penuh rasa tanggungjawab..uhuhu..Masa banyak terluang buat masa ini, tapi yang pastinya bulan depan akan penuh jadual harianku.. hope diberikan kekuatan dan kesihatan..
     Oleh kerana ramai lecture2 saya pergi buat dploma selama sebulan menyebabkan banyak kelas xda, hampir sebulan!! fuhhh mmg gila kentang la.. Rase cam nak balik umah je la..uhuhu.. tapi baru sampai kuantan kot semalam..

Rabu, 8 Disember 2010

Mana satu pilihanku..

>As salam semua, oleh kerana minat aku shoot gambar menyebabkan aq tergerak utk beli kamera dslr ni, knape mesti dslr? kamera biasa tu kn ada? Ya mmg ada oleh kerana aku pentingkan kepuasan aq megambil gambar, gunakn kamera biasa mmg x puas sebab ape, lu pkirlah sendiri nabil..huahaha.. Memang pening rase nk wat pilihan utk membeli kamera dslr ni, bajet xla bnyk tapi cari secondhnd pun jadilah.. uhuhu.. Banyk sangt pilihan antara nikon o canon..hmm.. setakat ni yg menarik minat aku nikon d3000, canon 450d, canon 500d..


semuanya terbaek tok org cm aku yg baru lagi dalm bidang ni..uhuhu.. cari yg secondhand pun jadilah kan..huhu..Walaupn ini model2 lame tapi yg masih dlm prentasi terbaek mengikut bajet aq yg xseberapa ni..hahaha..

Selasa, 7 Disember 2010

Penyakit Hernia

>As salam semua, pada hari ini aku ingin berkongsi mengenai penyakit yang pernah aku alami dahulu, di mana aq terpaksa membuat pembedahan dan menyebabkan aku lewat melapor untuk praktikal..uhuhu.. tetapi alhamdulilah sekarang sudah sembuh walaupun masih dapat rasa sedikit sakit2 sampingan tetapi tidak perlu dirisaukan... Selamat membaca.. heheh

Hernia secara umum

Hernia merupakan protrusi atau penonjolan isi suatu rongga melalui defek atau bagian lemah dari dinding rongga bersangkutan. Pada hernia abdomen, isi perut menonjol melalui defek atau bagian lemah dari lapisan muskulo-aponeurotik dinding perut.

Hernia terdiri atas cincin, kantong, dan isi hernia. Berdasarkan terjadinya, hernia dibagi atas hernia bawaan atau kongenital dan hernia dapatan atau akuisita. Hernia diberi nama menurut letaknya, misalnya diafragma, inguinal, umbilikal, femoral.


    
   
 

Secara ringkasnya jenis-jenis hernia

Terdapat beberapa jenis hernia yang biasa ditemui. Namanya disesuaikan mengikut tempat kejadiannya pada tubuh. Kebanyakannya berlaku di abdomen.
* Hernia inguinal (pemecahan) paling kerap ditemui di mana penonjolan sak peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus, melalui dinding abdomen bawah (pelipat paha)
* Apabila sebahagian usus menonjol pada bahagian atas paha melalui titik arteri femoral dari abdomen ke paha, ia disebut hernia femoral. Wanita lebih banyak mengalami hernia jenis ini
* Di pusat, hernia umbilikal, paling biasa di kalangan kanak-kanak
* Di sekat rongga badan digelar hernia berdiafragma kongenital, kecacatan sejak lahir yang selalunya memerlukan pembedahan
* Hernia insisional, yang terjadi selepas pembedahan. Ini kerana, pasca pembedahan biasanya kekuatan tisu tidak seratus peratus kembali seperti semula. Bahagian itu kemudiannya menjadi lemah dan boleh mengalami hernia
* Hernia hiatus, satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan) yang menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
* Hernia inkarserat, hernia yang bengkak dan tetap di dalam saknya
* Hernia takterturunkan adalah hernia yang tidak dapat dikembalikan ke tapak normal
* Hernia tercekik merupakan hernia yang terputus daripada bekalan darahnya, menjadi sakit dan akhirnya bergangren.

Tip-tip pencegahan

* Kekalkan berat badan ideal yang disesuaikan dengan ketinggian. Berbincanglah dengan doktor atau pakar diet tentang pola makan sihat dan program latihannya jika anda berasa tubuh berlebihan berat
* Jadikan buah-buahan, makanan vegetarian dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum sebagai sebahagian dari diet anda. Makanan ini tidak hanya baik untuk tubuh tetapi juga mengandungi banyak serat yang akan menghindari tubuh daripada mengalami masalah sembelit dan meneran
* Berhati-hatilah ketika mengangkat bebanan yang berat. Jika itu tidak dapat dielakkan, angkatlah dengan cara membengkokkan lutut anda dan bukannya bahagian punggung atau jangan mengangkatnya sama sekali!
* Berjumpalah doktor apabila berasa sakit. Jika mengalami batuk yang lama akibat dingin atau bersin terus-menerus disebabkan alergi, berjumpa doktor untuk merawat batuk dan mengambil ubat alahan. Berhenti merokok. Rokok dapat menyebabkan batuk yang berpanjangan dan hal ini akan menegangkan otot perut.

Jenis pembedahan yang biasa dilakukan

Kegunaan jaring atau mesh untuk menampal lubang dengan cara pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi
Apa itu pembedahan laparoskopi untuk hernia?
Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian badan. Ia boleh menampal tempat hernia yang berlubang dengan mesh atau jaring. Cara baru ini mengurangkan kejadian hernia berulang. Parut dan kesakitan pun kurang.

Adakah jaring atau mesh itu selamat di dalam badan?
Mesh diperbuat daripada sejenis plastik (polypropylene). Ia tidak mengandungi protein. Maka ia tidak mengakibatkan alahan atau penolakan di badan.

Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh?
Pesakit sembuh dengan cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Pesakit boleh menjalankan rutin seharian seperti biasa, tanpa gangguan dengan selamat.

Bilakah saya boleh kembali bekerja?
Kerja-kerja pejabat boleh dimulakan dalam 2-3 hari. Pesakit boleh memandu kereta ke pejabat. Kerja ringan boleh dijalankan dalam 10-14 hari. Kerja berat memerlukan 3-4 minggu rehat.

Bilakah saya boleh mula bersukan?
Tiga hingga empat hari selepas pembedahan, pesakit boleh berjalan pantas, berenang dan joging. Lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, pesakit boleh bermain golf, bermain ski dan kasut luncur, boling, bola lisut dan memanjat.
Selepas 10 hingga 12 hari pembedahan, pesakit boleh bermain tenis, berbasikal dan menyertai sukan memanjat gunung bermotosikal. Dua minggu selepas pembedahan, tiada sekatan untuk sukan seperti bola sepak, hoki, angkat berat dan besbol.

RUJUKAN :
http://intim.wordpress.com/2007/11/13/hernia-angin-pasang
http://www.malaysiaria.com.my

Isnin, 6 Disember 2010

Untuk Mu Palestin


Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land

Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan

Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin.
..
 
by Raihan..


Awal Muharam akan menjelma..

As Salam buat teman2 semua.. Pada pada hari aku akan share kepada semua mengenai Awal Tahun Hijrah iaitu bulan Muharam...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting:

Amalan-amalan sunat:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10  Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.  
 DOA akhir tahun Hijriyah :

 
Doa Awal Tahun Hijiriyah :

Rujukan:
http://www.ashtech.com.my
http://ohislam.com

Ahad, 5 Disember 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 

6 orang yang mendapat doa para malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya” *(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” * (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” *(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘” *(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Minggu Suai Kenal Pelajar Baru sesi Dis 2010

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan aku untuk bernafas dalam dunia ini lagi, masih membuat jantungku berdegup untuk terus hidup sebagai hambaNYA..
>Disember 2010 bermulanya sem baru untuk pelajar2 politeknik seluruh Malaysia. Alhamdulilah aku pulang ke politeknik pada 28hb Nov 2010 walaupn pendftarn pd 2hb Dis..huhu.. Aku datang awal sebab aku melibatkan diriku untuk Program Minggu Sual Kenal bg sesi Dis 2010.. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan berakhir pada 3hb Dis...

Antara gambar2 pada program tersebut...




                                  

                                           Beratur semua....

Belajar  menyanyi lagu politeknik...


                     Tambah lg sna..

                          Peace!!!

 
                                  Si gadis kembar yg comel..

                 

                               Siapakah si kecil ini? hehehe


>AHAz.. memang seronok jd Ajk MSk ni, walaupun agak penat sampai kaki2 aku sakit dan melecet..uhuhu.. tapi memang best la.. mana tidaknya lame benor aku x menjerit, akhirnya dapat gek menjerit cam time2 zaman kem PLKN n Kadet dlu..hahaha.. 


>Aku mintak maaf la kt junior2 or bro yang aku kejut bangun dari tidor tu, bukan apa kalo aku x kejut korang aku lak yang kena marah ngan Bro Ajk ni lak..hahah.. lagi satu sape2 yang barangnya kena rampas time sport check tu halalkan jelah benda alah tu, alah kat kedai banyak lagi..hahaha..

 
>DAn sape2 yang kena terasa hati tu maaf la yek..