Pengikut

Ahad, 11 Mei 2014

Anak ibu



Anak ibu

Kemas pakaianku hari ini ibu..
Dengan rambut bersikat rapi...
Sebenarnya aku teringat hari sekolah waktu kecil..
Rambutku kau sikat tertampal di dahi...

Ayuh ke sini...
Debuan bedak ditampal pada pipi...
Putihnya bedak itu,tapi aku tidak...
Ibu..itu cerita belasan tahun dahulu...

Kini merantau jauh dari pangkuanmu..
Aku melihat wajah-wajah tua pada kelilingku...
Sepandangnya pada mereka terditik di hatiku...
Ibuku yang tua itulah tempat aku kesat air mataku..

Ibu...lidahku kini menyentuh pelbagai masakan..
Yang dikata enak dari mulut orang-orang...
Kucuba telan untuk kenyangkan perut kosong..
Tapi enaknya tidak seperti sentuhamu ibu..

Ibu..andai suatu hari aku kehilanganmu..
Aku tidak pasti bagaimana bakal berlagu rentak hatiku..
Bagaimana bakal terlonglai kemudi kakiku..
Kerana aku tahu kau sedang mengira untuk ke arah itu...

Ibu..aku bimbang tak mampu menjadi anak yang berbakti..
Kesal berkelakuan menyakitkan hati..
Kadang tolak permintaan mengeluh lagi..
Padahal dikau insan yang disanjung tinggi...

Ku tiada apa-apa yang berharga mampu kukorban dari jauh..
Jarak ini membataskan khidmatku untukmu..
Tapi aku miliki sebentuk hadiah untukmu..
Kerana jasamu,senak dadamu,titis peluhmu..
Tak dapat ku bayar dengan harta dan kudratku...
Cuma sebentuk hadiah yang tidak terputus dariku..
Sebentuk hadiah yang bernama kalungan doa...
Kerana walau aku mendaki langit,mastautin di laut,
Tertanam di bumi sekalipun...
Aku tetap anak ibu..

Jumaat, 18 April 2014

Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Salam, ramai orang tak tahu sal wabak ini, dan ramai tak amik tahu.. wabak ni menyebakan seorang orang kampung aku yang aku kenali meninggal dunia. arwah telah pergi menunaikan umrah baru2 ini, dan lepas balik dari umrah tu terus sakit dan meninggal, arwah pergi bersama isteri dan beberapa anak mereka. Isteri dan anak2 arwah telah dikuarantin dan termasuklah orang kampung yang melawat arwah dirumah.. termasuk lah ibu aku..
 menambahkan risau aku ayah aku baru saje pergi umrah 17/4 semalam dan tambah risau lagi ibu kena demam.. mudahan2 xda pape la kat kampung dan famili.. 


  2014/04/18 - 04:27:37 AM
SUSULAN JEMAAH UMRAH MAUT AKIBAT VIRUS MERS-CoV

Batu Pahat: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak kelmarin kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Seramai 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran.

 Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan.

Enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan.

100 penduduk diperiksa

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian manakala empat lagi disahkan sihat.

Beliau berkata, mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV.
“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak.