Pengikut

Ahad, 11 Mei 2014

Anak ibu



Anak ibu

Kemas pakaianku hari ini ibu..
Dengan rambut bersikat rapi...
Sebenarnya aku teringat hari sekolah waktu kecil..
Rambutku kau sikat tertampal di dahi...

Ayuh ke sini...
Debuan bedak ditampal pada pipi...
Putihnya bedak itu,tapi aku tidak...
Ibu..itu cerita belasan tahun dahulu...

Kini merantau jauh dari pangkuanmu..
Aku melihat wajah-wajah tua pada kelilingku...
Sepandangnya pada mereka terditik di hatiku...
Ibuku yang tua itulah tempat aku kesat air mataku..

Ibu...lidahku kini menyentuh pelbagai masakan..
Yang dikata enak dari mulut orang-orang...
Kucuba telan untuk kenyangkan perut kosong..
Tapi enaknya tidak seperti sentuhamu ibu..

Ibu..andai suatu hari aku kehilanganmu..
Aku tidak pasti bagaimana bakal berlagu rentak hatiku..
Bagaimana bakal terlonglai kemudi kakiku..
Kerana aku tahu kau sedang mengira untuk ke arah itu...

Ibu..aku bimbang tak mampu menjadi anak yang berbakti..
Kesal berkelakuan menyakitkan hati..
Kadang tolak permintaan mengeluh lagi..
Padahal dikau insan yang disanjung tinggi...

Ku tiada apa-apa yang berharga mampu kukorban dari jauh..
Jarak ini membataskan khidmatku untukmu..
Tapi aku miliki sebentuk hadiah untukmu..
Kerana jasamu,senak dadamu,titis peluhmu..
Tak dapat ku bayar dengan harta dan kudratku...
Cuma sebentuk hadiah yang tidak terputus dariku..
Sebentuk hadiah yang bernama kalungan doa...
Kerana walau aku mendaki langit,mastautin di laut,
Tertanam di bumi sekalipun...
Aku tetap anak ibu..

Jumaat, 18 April 2014

Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Salam, ramai orang tak tahu sal wabak ini, dan ramai tak amik tahu.. wabak ni menyebakan seorang orang kampung aku yang aku kenali meninggal dunia. arwah telah pergi menunaikan umrah baru2 ini, dan lepas balik dari umrah tu terus sakit dan meninggal, arwah pergi bersama isteri dan beberapa anak mereka. Isteri dan anak2 arwah telah dikuarantin dan termasuklah orang kampung yang melawat arwah dirumah.. termasuk lah ibu aku..
 menambahkan risau aku ayah aku baru saje pergi umrah 17/4 semalam dan tambah risau lagi ibu kena demam.. mudahan2 xda pape la kat kampung dan famili.. 


  2014/04/18 - 04:27:37 AM
SUSULAN JEMAAH UMRAH MAUT AKIBAT VIRUS MERS-CoV

Batu Pahat: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak kelmarin kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Seramai 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran.

 Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan.

Enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan.

100 penduduk diperiksa

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian manakala empat lagi disahkan sihat.

Beliau berkata, mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV.
“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak.

Khamis, 7 November 2013

Pulau Dajjal

KEANEHAN INI MENGUNDANG TANDATANYA BANYAK PIHAK KENAPA PULAU INI TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI KALANGAN PELANCUNG, TERBIAR DAN TERSISIH WALAUPUN IA MEMPUNYAI BEBERAPA KELEBIHAN BERBANDING MANA-MANA TEMPAT LAIN DI DUNIA.

Kepulauan Socotra di Yaman yang dikenali juga sebagai 'The Roof of Arabia'. Yang sangat menarik ialah flora dan fauna serta landscape yang tak pernah kita tengok di tv atau pun media cetak sebelum ini. Kepulauan Socotra baru saja di calonkan sebagai 'one of the new seven wonders of the word'. UNESCO pula mengiktiraf Socotra Island sebagai 'world heritage site' baru-baru ini.

[Image: laut+yaman.jpg]

 Sejarah pulau Socotra

Nama socotra berasal dari bahasa sansekerta, 'sukhadhara dvipa' yang berarti "pulau kebahagiaan". Menurut sejarah, penduduk pulau socotra telah memeluk Kristen sejak tahun 52 setelah masehi. Pada abad 10, seorang ahli geografi Arab yang bernama Abu Muhammad Al-Hassan Al-Hamdani menyatakan bahwa pada masanya, penduduk Socotra majoriti memeluk agama Kristen. Konon mereka juga telah mempraktikkan ritual sihir kuno.


Pada tahun 1507, armada Portugis mendarat di pulau ini. Tujuan mereka adalah untuk menghentikan perdagangan Arab dari Laut Merah ke Samudra Hindi serta untuk menghapuskan aturan-aturan Islam dalam perdagangan tersebut. Namun, invasi Portugis ini tidak berjaya karena penduduk setempat menentang mereka. Pada tahun 1511, pulau ini dikuasai oleh Kesultanan Mahra. 456 tahun kemudian, tepatnya pada tanggal 30 November 1967, Pulau Socotra menjadi bagian dari Republik Rakyat Yaman Selatan yang pada saat ini telah berubah menjadi Republik Yaman.

Pulau Socotra yang terletak kira-kira 210 meter di luar Semenanjung Arab. Socotra merupakan DUNIA ASING � bagi penduduk Yaman sendiri. Penduduk di situ menggunakan bahasa mereka yang tersendiri iaitu bahasa Soqotri. Hanya akhir-akhir ini, pulau ini boleh dikunjungi dengan bot tetapi tetap terpisah dari dunia luar apabila musim monsun tiba dari bulan Jun hingga September.


Pulau terpencil ini hanya didiami sekitar 40.000 orang. Nama Socotra itu sendiri diambil dari bahasa Sansekerta yang artinya “Pulau Kebahagiaan”. Banyak pohon dan tumbuhan di pulau ini termasuk dalam kategori flora endemis, yang artinya tidak ditemui di tempat lain di dunia selain di pulau Socotra. Bahkan ada beberapa varieti yang diprediksikan telah mencapai usia 20 juta tahun.
[Image: 500px-Topographic_map_of_Socotra-en.svg.png]



[Image: socotrmap.jpg]




Salah satu kawasan digelar sebagai ‘neraka dunia’ adalah Socotra. Tidak diketahui kenapa ia dianggap sebagai Neraka Dunia. Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur. Ia pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.










Kelainan kejadian di sebuah pulau di Laut Arab, muka laluan ke Teluk Eden. Ciptaan Allah Subhana Wa Ta'ala yang tidak terdapat di lain tempat di dunia.

[Image: 2652579830_32d31d6d4e.jpg?w=300]

Anehnya, walaupun Pulau Socotra mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di lain tempat, ia bukanlah satu lokasi tarikan pelancung. :

Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya mencapai sehingga 40 darjaht celcius.
Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi keasliannya, di sana hampir tidak dibangunkan jalan raya. Satu-satunya jalan yang ada di sana, hanya dibina kira-kira 2 tahun yang lalu melalui antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.
Tidak banyak usaha dilakukan ubtuk menarik pelancung ke Pulau Socotra agar keaslian pulau Socotra terpelihara. Tiada kemudahan disediakan termasuk hotel atau tempat ristirahat di sana.

[Image: 1.1287790796.41_socotra-yemen.jpg]

[Image: 1.1287790796.8_socotra-yemen.jpg]


[Image: 1.1287790796.34_socotra-yemen.jpg]

[Image: 1.1287790796.33_socotra-yemen.jpg]

[Image: 1.1287790796.25_socotra-yemen.jpg]

[Image: 1.1287790796.4_socotra-yemen.jpg]

[Image: 1.1287790796.15_socotra-yemen.jpg]





[Image: images?q=tbn:ANd9GcRXp06q0ynfCOtP6r5pOqg...i-RNirnFtg]

[Image: 400px-Dragon%27s_blood_%28Daemomorops_draco%29.jpg]
Dragon Blood

Lebih aneh apabila ada masyarakat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Pulau socotra, pulau terpelik didunia,. mempunyai spesis tumbuhan yang amat pelik, seperti dragon blood tree, atau pokok darah naga, getahnya berwarna merah. pokok 'Dragon Blood Tree'. Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini beharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokok nya begitu cantik dan unik.Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet alien, teori sebahagian pengalisa menyatakan pulau ini mungkin tempat dajjal di kurung

 Tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana ia termasuk dalam kretria berita ghaib dan hanya berpandukan salah satu hadis yang menyebut tempat Dajjal dikurung ialah Laut Yaman. Wallahu a'lam.

[Image: 220px-Dracaena_cinnabari_-_Koko_Crater_B...G_2295.JPG]

[Image: collage_lb_image_page6_21_1.jpg]



[Image: soqatra_2.jpg]

[Image: 2207063519_d596b89428.jpg]



Geografi dan Iklim
Pulau Socotra termasuk tempat yang paling terpencil di dunia. Sebenarnya Socotra merupakan sebuah kepulauan. Pulau Socotra sendiri merupakan pulau utama, sedang 3 pulau kecil lainnya bernama pulau Abd Al Kuri, Pulau Samhah,dan Pulau Darsa. Puncak tertinggi di Pulau Socotra adalah pegunungan Haghier dengan ketinggian 1500m dari permukaan laut. Iklim di pulau ini diklasifikasikan sebagai iklim koppen dengan suhu tahunan rata-rata diatas 18 derajat Celcius.

Flora dan Fauna
Inilah yang membuat pulau ini begitu terkenal akan keeksotisannya, sekaligus menjadi misteri tersendiri. Karakteristik iklim dan geologi pulau ini yang unik menjadikan flora-flora yang tumbuh di pulau ini unik. Bahkan floranya termasuk tumbuhan endemik, jadi tumbuhan tersebut hanya ada di pulau Socotra. Ada pula beberapa tumbuhan yang terancam hidup di pulau ini. Flora dengan bentuk aneh sepertipohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) menjadi ikon khas pulau ini. Konon getah pohon ini digunakan penduduknya sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang langka (punica protopunica).

[Image: Socotra_dragon_tree.JPG%22]

[Image: socotra-trees.jpg]

[Image: Socotra+dorstenia.jpg]

Disisi fauna, pulau ini juga memiliki spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis,dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana incana. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini juga memiliki spesies endemik terumbu karang. Akan tetapi hewan-hewan yang dibawa oleh manusia seperti ayam, kambing, sapi, dll dikhawatirkan akan merusak flora-flora asli pulau tersebut di masa depan.


[Image: somali_starling_mg_0586.jpg]

[Image: SocotraSunbird57996.jpg]

Pengakuan Oleh UNESCO
Pulau ini diakui UNESCO sebagai satu warisan alam dunia pada Julai 2008. Perlindungan keterlaluan terhadap pulau ini hingga tidak dibangun fasiliti bagi pengunjung seperti hotel, restoran, dan bangunan lainnya meski pulau ini memiliki potensi sebagai tempat bercuti yang luar biasa.

Hal Lain Mengenai Pulau Ini

Bahasa asli penduduk di pulau ini adalah Bahasa Semit Soqotri yang hanya diucapkan di pulau Socotra. Terlepas dari keindahan alam Pulau Socotra, banyak ilmuwan yang tertarik dan meneliti pulau yang memiliki flora dan fauna yang boleh saya katakan "lain dari yang lain" .

Sebahagian ilmuwan berpendapat flora dan fauna di pulau ini merupakan spesies yang hidup di masa lampau dan belum pernah diidentifikasi sebelumnya. Karena letak pulau yang terasing dari dunia luar dan karakteristik iklimnya yang unik, flora dan fauna ini masih bertahan hidup hingga saat ini. Demikianlah sekilas mengenai Pulau Socotra,dengan segala keunikan dan keindahan alamnya, tidak hairan jika UNESCO dan pemerintah Yaman bermati-matian mempertahankan keaslian pulau ini.


sumber : http://wangolds.com/Thread-Pulau-Dajjal#.UnuWMeKaTzZ

Selasa, 15 Mei 2012

15 Mei 1948 Negara Haram Israel Diistiharkan

Secara rasminya kemuncak peristiwa NAKBAH berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

 Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
 Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini. 

Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.


Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” – Imam Ahmad

Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?
 

Petikan dari ,
Teks khutbah disediakan oleh Aqsa Syarif
15 Mei 2012 (Sempena Bulan Naqbah)
Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Ahad, 22 April 2012

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

 
 Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”


Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”


Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.


Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”


Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 


sumber : http://penpatah.blogspot.com