Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

Pada  isnin ni ayah n mak aku akan bertolak ke utk menunaikan umrah.. Mereka akan bertolak pada pagi isnin ni ke Jb, mereka akan berkumpul di Kota Tinggi bersama2 dengan mereka yang turut menunaikan umrah bersama. Kemudian mereka akan bertolak ke Airport Changi Singapore, flight mereka pada jam 7.00 malamnya.Insyallah mereka selamat menunaikan umrah, dan selamat pergi menunaikan umrah dan selamat pulang ke sini.. Moga Allah memberi mereka kekuatan dan kesihatan pada mereka.

Tapi sayangnya aku n adik2 xdapt hantar mereka.. Adik2 ku bersekolah n dalam mode exam..uhuhu.. Yang menambahkan kerisauan aku, adik kecilku demam, sudh beberapa hari demam.. Mudahan dia cepat2 sembuh, risau sangat time mak ayah xda ni..hmmm. Insyallah Allah mempermudahkan segala urusan aku disini.. dan berharap tiada apa2 perkara yang tidak baek berlaku pada mak ayah n kami disini..

Sabtu, 21 Mei 2011

Ibu bapaku akan g umrah

23/5/2011 tarikh dimana kedua ibu bapa ku akan bertolak menunaikan umrah.. Mereka akan bertolak dari rumah pagi menuju ke rumah atok n nenek ku yg berada di JB, dan dorang akan terus bertolak ke Lapangan terbang singapore.. Kedua Ibu bapa ku akan bertolak dari Singapore.. Hiba rasenya sebab dorang akan pergi umarah walaupun xlama hanya 2 minggu tapi itu cukup lama bagi aku n adik2 ku.. Kami xpernah ditinggalkan begitu lama...

Tanggungjawab aku sebagai Along akan bermula, segala urusan tergalas dibahu aku nanti..Aku hanya risaukan adik kecilku dua orang berumur 3 n 4 tahun tu.. Xtahu lah camne, sebab dorng rapat sangat dengan mak abah..Mudahan mereka xbuat perangai sangat..uhuhu.. 

Pada adik2 aku yang laen, korang jangalah adik2 korang juga ya. Tolong buat keje sama2, jangan gado2 sangat, nanti Along rotan kalo nakal sangat..uhuhu.. Kemas rumah, masak smua tu buat sama2.. Korang pun dah biasa kan.. Tak lama, seminggu je,nanti korang g dok umah nenek n atok kat JB time cuti n ye.. Insyallah semua urusan dipermudahankan nanti..

Selasa, 10 Mei 2011

Pertemuan



Kekadang kita terfikir dan memikirkan mengenai mengapa aku ditemukan dengan dia, dengan dorang, kwan2 kelas n tempat kerja? kenapa aku boleh bertemu ngn orang camni?Bertemu dengan kekasih hati?

Kalau kita bertemu ngn abg2 n akak2 salesman n sales gurl yg jual buku2 kanak itu, apa yang boleh pelajari dari dorang?Mengapa kita bertemu ngn mereka?Mungkin ada dikalangan kita xsedar or ada yg sedar..Maybe ada yg terpikir dbenak hati, " kesian akak ni kena jual buku2 tu, baru aku tahu bukan senang mahu mencari rezeki, susah payah mereka..".

Ada yang tension jumpa kekasih yang camni la, camtulah.. "Camnelah aku leh suka kat mamat/minah ni ha? buat sakit hati je kenal ngn dia ni, sumpah aku xnak jumpa orang cam dia!!"

Dan ada dikalangan kita yang tersalah jumpa rakan2 n kawan, kawan2 yang menyakitkan hati dan yang tidak sekepala ngn kita dan ada kawan yang makan kawan..

Dan ingatlah wahai rakan-rakan... : 

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Hakikatnya selama kita hidup dimuka bumi ini, kita kan bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam.... 

Mengapa Allah menemukan kita dengan mereka?:  
a)Untuk lita'arafu..
b)Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
c)Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
d)Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Sebenarnya tidak sama sekali..
Sebenarnya setiap pertemuan dengan sesorang itu telah pun dirancang oleh Allah.. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. Allah telah mengaturkan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini, dan setiap pertemuan sesama manusia itu mesti ada hikmah dan ada benda yang tersirat utk kita..

Dan pertemuan kita dengan mereka yang salah itu sebenarnya banyak mengajar kita.. Allah memberi kita peluang untuk belajar sesuatu darinya..Kita tidak boleh menyalahkan sape2 dan diri kita atas pertemuan itu, kerana semuanya telah dirancang olehNYA.. Dan sebenarnya pertemuan kita dengan seseorang itu merupakan satu bahagian2 yang mempunyai pelbagai hikamh dan kebaikan, bergantung pada diri kita untuk memperoleh manfaat dari setiap pertemuan itu.. Walaupun pertemuan itu mempunyai banyak kekurangan, kesakitan dan menyeksaan, tapi diri kita perlu teguh kuat menghadapinya kerana pada suatu hari nanti pasti Allah memberi ganjaran kepada diri kita dengan apa yg kita hadapi dengan pertemuan itu....Allah mesti menetapkan sesuatu kepada kita sekiranya kita yakin denganNYA..

Yang penting kita perlu banyakkan bersabar n berdoa kepada Allah.. Kuatkan hati, dan tabahkan hati kita.. yang penting kita mesti kembali kepada nYA, kerana DIA yang menentukkan segalanya..


sumber rujukan : http://www.iluvislam.com

Bilik Hujung yg aq selalu pergi...

Bilik yg ini yg aku maksudkan ialah bilik kawan aku, hujung bilik ya kt blok, cam tempat pe aku pun xtahu. Tapi kat luar je la bersepahnya..uhu.. Tapi kat bilik kemas beb... Aku teringat kenangan aku ngn dorang.. Dulu aku jarang g bilik tu, tapi sejak2 akhir2 nak finam exam aku selalu g situ.. Sebabnya time tu aku mencari gelak ketawa, sebab time aku ngah bersedih, sedih sebb pe, korang yg dh bc entry aq sebelom ni mesti tahu nape..ehheheh..Time tu memang, terseksa kot, susah nk fokus study..uhuhu.. Time aku memang xda mood aku g sana cari dorang. Memang hilang la problem2 aku kalo g, aku suka dengar cerita seorang kawan aku tu..uhuhu.. N kalo time free je ktorang tengok movies, 1 hari tengok movies pun ada rasenya..uhuhu.. Ye memang time tu hati aku  terubat dengan gelak ketawa... terima kasih korang..


Wei dan n the geng pe kabo korang sekarang ek.. Serius aku rindu kat korang..  Aku rindu minum air cofee korang buat, pastu minum guna cawan tu..uhuhu.. cawan yg dibuat dari botol air plastik, korang potong jadilah cawan..uhuhuhu.. Aku rindu korang, tiap kali aku datang korang selalu ngah makan roti, korang jemput aku makan..uhuh.. Wei aku rindu korang, aku xpernah makan maggie guna chopstik, yg korang wat dari hugger baju tu..uhuhu.. Memang kelakar rasenya saat tu, aku rindu sangat suasana tu.. Kat tempat korang tu kekadang aku luahkan hati aku, maaf ya shadan selalu dengar cerita merepek aku..uhuhu... 

Walaupun kita rapat dengan waktu yg singkat tapi korang bagi kesan yg mendalam dalam hidup aq.. Korang tempat aku cari mood, korang tempat aq pulih semula, time aq sorang2 dalam bilik, mesti aq cari korang... Ssedih rasenya time berpisah ari tu, susah nak dapat kawan cam korang, hope pasni aku akn berjumpa ngn kwn sperti korang lagi.Insyallah..
 Aku doakan korang semoga berjaya dunia n akhirat, jadi anak soleh.. Jangan lupa pesan aku tau, solat jgn tinggal tau.. Miss sangat kat korang.. Korang dah berjaya jgn lupa aku tau... Kalo aq xda lagi, blog ni je la jadi kenangan korang kat aku... Korang jaga diri baek2 ya.. terima kasih atas segala2nya..

Ahad, 8 Mei 2011

Aurat wanita..



Terdetik aku untuk menulis mengenai wanita, aurat wanita, aku ini bukan lah bijak dalam hal2 agama ini tapi aku tahu mengenai perihalnya, aku bukan ya baek tok bercerita tentang perihal ini, tapi aku perpegang pada surah Al-Asr yg berbunyi :

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

Kita sebagai umat islam perlu berpesan-pesan dengan kebenaran dengan kesabaran.. Ya menegur dan berpesan2 dengan orang sekeliling kita... Kekadang aku sedih melihat bangsaku sendiri yg beragama islam sering kali mendedahkan aurat, bukan ya aku merendahkan bangsaku sendiri.. tapi ini lah apa yang aku rase.. Setiap kali pergi ke bandar shopping compleks akan kerap melihat2 wanita yg dedahkan aurat.. Apa itu aurat wanita? :

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Kalo nak cter sal aurat ni memang banyak, aku just nak sentuh sikit sahaja sal bnda ni.. Aku lihat memang wanita2 memang tidak pham n terasa dengan pe yg dorang buat dan ada yang bersangka menutup aurat itu hanya bertudung sahaja, walhal tidak..contohnya  memakai tudung untuk menutup rambur n kepala je, bertudung tapi pkai tshirt lengan pendek, bertudung tapi pkaiannya sendat, ada yg bertudung tapi pkaiannya nipis nampak tubuh badan.. Apa semua itu? Adakah mereka tidak tahu menampakkan tubuh badan dan aurat ni akan menyebakan kaum2 Adam melihatnya? Mereka tidak tahu kaum2 Adam ini bernafsu? Ramai lelaki akan goyah imannya melihat aurat perempaun ini.. Wanita kena tahu semua itu.. Aku pernah terbaca komen2 di facebook tentang gambar wanita yg tidak menutup aurat, dan ada komen2 dari kawan2 n bdk laki yg camni.. sweetnya, cantik, cute, nice.. seksinya... dan si pemilik gambr tu dengan bangganya membalas terima kasih, .. Aku rase butanya mereka, buta dimata n buta dhati..

 Mengapa semua ini terus berlaku?Belajar dah tinggi, Universiti tapi rendahnya ilmu tentang agama. Jika setinggi mana ilmu dunia kita ada, tapi tidak pada akhlaknya, tidk berguna...Memang aku nampak ada kesilapan tetang pendidikan negara yang lebih utamakan ilmu dunia tapi tidak pada agama islam.

Tapi bukan hendak salahkan sape2, tapi perlu salahkan diri sendiri..Mengapa perlu salahkan diri sendiri? Kalo kita wanita sendiri, perlulah mendalami ilmu agama, xperlulah skolah pondok tapi cukup kita amalkan perkara2 wajib dalam islam.. Kalaulah solat kita tidak lakukan, kalo kita xmampu nak jalankan tanggungjawab pd Allah, walhal kita mampu tok jaga diri kita sendiri? Jika kita ini dari wanita yg bersahabat, perlulah kita menegur sahabat n kawan2 kita itu, tidak salah kita menegur mereka walaupun teguran itu kan disambut dengan makian dan cacian, tapi ingat lah janji ganjaran Allah kepada mereka yang mahu memberitahu kebenaran... 

Jika kita ini seseorang lelaki, yang sudah berpangkat bapa, jagalah, didiklah anak2 perempuan kita sebaek mungkin, janganlah asyik alpa mencari harta utk diri dan anak2, ilmu agama itulebih diperlukan..Jika kita sesorang lelaki yg sudah berpasangan,kita jagalah pasangan kita sebaeknya, sebab wanita ini akan mengikut kekasih hatinya, demi cinta dia sanggup lakukan apa sahaja demi laki itu, jagalah perempuan itu sebaeknya, hormatlah dia sebagai bakal ibu kepada anak2mu nanti..Dan jika lelaki, seorang abg, jaga n didiklah adik2 mu itu dengan agama..Tanggungjawab lelaki ini sebenarnya besar terhadap kaum wanita ini, walhal ibu kita sendiri..


 'Wahai Nabi,surulah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah),cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal(perempuan yg baik)maka dengan itu mereka tdak akn dgnggu.Dan ingatlah Allah maha pengampun lg maha mengasihini'
(al-ahzab 33:59)


Aku sendiri mempunyai 4 orang adik perempuan, dan aku rasa tanggungjawab tok mendidik mereka, aku sendiri takut aku tidak mampu tok mendidik mereka.. Biarlah waktu sekarang ini, waktu mereka kecil dimarah, dirotan dimarah, jangan pula ketika sudah dewasa baru hendak buat semua itu.. Aku sering kali berpesan kepada adik2 aku, "setinggi mana kita berilmu, ijazah k doktor k, dan dipandang tinggi oleh manusia, tapi kalo ilmu agama kita xda, akhlak kita xda, tetap akan dipandang rendah oleh Allah.. Tapi kalo kedua2 seimbang, Allah akan memandang tinggi dan menaikn darjat kita disisinya..

 Mudahan2 rakan2 n sahabat yang terbaca entry ini akan mengambil input yang aq kongsikan yang tidak seberapa ini.. Insayallah ALLAH memberkati kehidupan kita dan mengampunkan dosa2 kita..

Jika kesempatan tontonlah video dibawah ini.. ;)



Jumaat, 6 Mei 2011

Hakikat mimpi menurut Islam..

 
Susunan:
Hayat an Naqsyabandi
“HAKIKAT MIMPI MENURUT ISLAM”

PENGENALAN
Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas
solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari
kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.”
Riwayat Muslim.

Apa itu mimpi?
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.
 
Apakah jenis mimpi?
Mimpi mempunyai 3 jenis:
1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada
yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga
terbawa-bawa di dalam tidur.
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau
menyedihkannya.

Apa dalilnya?
Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:
1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.”Riwayat Syaikhani

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?
Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk
datang dari syaitan.

Bilakah waktu yang paling benar mimpinya?
a) Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari
Allah dan diamnya syaitan.
b)Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir
matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare?
Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.
Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar?
1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2. Orang soleh: Selalunya benar.
3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.
a) Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
b) Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
c) Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.
Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka.Keadaan dan sifat mereka!!!

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar?
1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk
mentafsirnya.
3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi
anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk?
1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan mimpi itu.
2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.
3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana
menggambarkan kesungguhan….
4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahua’lam!!
5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah.
6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan
nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya?
Haram dan berdosa.
 
Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar?
1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak.
2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk.
3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.
4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur.
a. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup ditangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan kepala, muka dan seluruh tubuh. Sapu tiga kali.


Soalan cepu emas!
Bagaimana seseorang bermimpi jumpa nabi saw?
Sesiapa yang bermimpi berjumpa nabi Muhammad saw sebenarnya mereka memang berjumpa nabi! Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai nabi saw.Mimpi berjumpa nabi saw dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud anda adalah calon penghuni syurga!!!

Namun, jika gambaran nabi saw tidak jelas bermaksud anda masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya anda terus bertaubat dan beramal soleh. Apapun, anda masih dikira bertuah dan calon orang yang soleh!!!

Dalil?
Hadis riwayat Bukhari: Sabda nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Dari manakah sumber dalil tafsir mimpi?
Dari al Quran:
Contoh:
Tali: Bermakna janji.
Dari firman Allah Taala: “Berpeganglah kamu semua dengan ‘tali’ Allah…” (ayat 103, surah Ali Imran)

Penyakit: Bermakna sifat munafiq.
Dari firman Allah: “di dalam hati mereka ada penyakit.” (ayat 10, surah al Baqarah)

Kapal: Bermakna kejayaan.
Dari firman Allah: “Maka dengan itu kami selamatkannya dan pengikut-pengikutnya di dalam bahtera (kapal)…(ayat 15,surah al Ankabut)

Dari hadis nabi saw:
 
Gagak: Bermakna lelaki yang fasiq
Sebab: Ini kerana nabi saw menyamakannya dengan orang fasiq.

Tikus: Bermakana perempuan yang fasiq
Sebab: Ini kerana nabi saw menamakannya begitu.

Baju: Bermakna orang yang berhutang
Sebab: Nabi pernah menafsirkannya begitu.

Dari perumpamaan, kiasan dan makna:
 
Mengorek lubang: Bermakna konspirasi
Sebab: Ini berpadanan dengan sabda nabi saw bahawa sesiapa yang mengorek lubang
pasti jatuh ke dalamnya.

Tangan panjang: Banyak berbuat kebaikan
Sebab: Nabi saw menyifatkan seseorang yang banyak berbuat kebaikan dengannya. Nabi saw, “Si fulan lebih panjang tangannya daripada si fulan.”

Tukang emas: Bermakna banyak berbohong
Sebab: Nabi saw menyatakan golongan ini paling banyak berbohong.

Api : Fitnah
Sebab: Api menjilat dan memakan apa-apa yang disentuhnya.Begitulah perumpamaannya seperti fitnah.

Bintang: Bermakna ulamak
Sebab: Kedua-duanya memberi petunjuk kepada manusia.…. dan sebagainya sebagai satu contoh.



Sumber rujukan: http://kamustafsirmimpi.com/hakikatmimpi.pdf

Khamis, 5 Mei 2011

Sejarah hari IBU..


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.


Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
 


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Dalam Mihrab Cinta




demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga 



Selasa, 3 Mei 2011

Mohon keampunan Allah (Istighfar)



Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.

“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

Sabar..











Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Cinta & Perhatian

Apa itu cinta? Apa itu perhatian? Mesti semua pernah rase sayang n cinta dan ada yg pernah rasa pe tu Perhatian...

Bagi pandangan aku..Cinta itu tidak akan hadir dan datang dalam hati jika perasaan sayang itu tidak ada... Ya dengan perasaan sayang itulah cinta itu wujud.. Cinta itu bukan mudah utk hadir dalam diri seseorang, memakan masa yang lama.. Tapi sayang itu boleh wujud dengan sendiri tanpa diminta.. Ada mereka yang sudah berkahwin pun perasaan cinta kepada pasangan masing2 masih tidak ada walaupun sudh lama hubungan mereka, hanya ada sayang.. Dan sayang itu lah yang membahagiakn hubungan itu ketika itu.   perasaan ini sukar kita gambarkan n dengan kata2.. Tapi Mereka yg sudah merasai sayang itu tahulah bagaimana rasa sayang itu.. Tapi sayang itu boleh hilang dengan cepat berbanding cinta.. Semua orang kita boleh rasa sayang, tapi cinta tidak, bukan semua orang kita boleh rase cinta.. Sayang itu boleh hadir dengan sekejap dan pergi dengn sekejap tapi cinta tidak.. Cinta itu akan kekal selamanya..Tapi cinta itu boleh berubah jg akhirnya kerana cinta itu datang dari 1 hati, dan hati itu boleh berubah..

Disaat kita menyanyanginya, kita akan menyuruhnya membuat pilihan dan disaat kita mencintainya kamu akan menanti dan terus menanti dengan setia walaupun ketika itu kita telah berpisah dengannya.... Begitu indahnya sayang dan cinta itu.. Jika dua ini disatukan..

Perhatian..Semua orang memerlukan perhatian, ada sang laki n perempuan yang perlukan perhatian dan ada yang tidak perlukan perhatian.. Banyak kisah cinta sesorang berkaitan dengan perhatian dan cinta ini. Ada yang ketika dia bercinta dengan kekasihnya tetapi tidak pernah rasa diberi perhatian, dan dia perlukan perhatian dari kekasihnya.. Tapi setelah ditemukan dengan seseorang yang benar beri perhatian pada kita n kita mula bahagia dengan seseorang itu kita mula ada perasaan pada dia, tapi sebenarnya kita keliru dengan perasaan ini.. Dan disaat kita berpisah dengan kekasih hati yang pertama itu dan kita mulakan perhubungan baru dengan kekasih baru yang banyak beri perhatian pada diri kita, pada  ketika itu kita hanya rasa bahagia seketika, kerana pada masa yang sama kita masih menyanyangi dan cintai kekasih lama kita. Pada ketika itu hati ini mula meronta meraung kerana rindu dengan cinta itu, walaupun pada ketika itu kita sudah ada penganti dan mendapat perhatian darinya... walaupun kekasih kita itu dulu tidak beri perhatian pd kita,biarkan kita, abaikan kita, tinggalkan kita, sakiti hati kita tapi mengapa kita masih tetap kita sayang n cintakan dia.. Itulah dinamakan CINTA..Sungguh hebatkan cinta itu.

Disini kita boleh melihat apa itu beza perhatian dan cinta..   Susah untuk kita gambrkan melainkan kita melalui pengelaman itu. Itu dalam prospek seseorang yg selama ini yg tidak dapat perhatian dan akhirnya dapat perhatian dengan kekasih baru tetapi tidak kekal lama ngn kekasih baru itu, disebabkan diri kita masih mencintai kekasih yg lama dan ingin  kembali pada si dia kekasih lama.... Dan ada pula kisah cintanya ada dua2 ini, perhatian dan cinta..

Cinta dan perhatian ini sebenarnya berbeza dan kadang kala kita memerlukan kedua2nya dalam hidup kita.. Cinta itu sebenarnya tidak perlukan perhatian, kerana cinta tu kekal dan wujud dalam hati, melainkan diri kita yg membuang cinta itu.. 

Disaat kita menyayangi dirinya, kita ingin sekali buatkan dia bahagia.. dan disaat kita mencintanya,kita sanggup buat apa sahaja demi kebahagian walaupun harus dikorbankan jiwa kita... 



Isnin, 2 Mei 2011

Rutin harianku...ehehe

keinginan tok bekerja sudah terasa.. tapi masih belom leh lagi bekerja..hmmm..  kena tunggu lagi sebulan baru leh keje..uhuhu.. ish2.. nape yek? ha sebab aq kena jaga adik2 aq kat umah ni..uhuuhu.. Insyallah mak ayah akan pergi umrah dalam pertengahan bulan mei ni... Xpernah rase terlalu jauh ngn mak abh, mudahan2 mereka akan selamt n baek2 saje kt sana nanti.. Aq doakan merwka selamat.. aminnn

Oleh kerana aq ni anak sulung, memang terasa tanggungjawab aq tu nanti, bukan ya apa, tkut xmampu jaga adik2 aq yg kecik ni ha, 2 org lak tu yg masih dbw umur..uhuhu.. Yang laen dah besar, mudah aq nak jaga, Tapi mudah2an insyallah dipermudahankan segala urusan aq nanti.. Kalo camni aq dah terasa tanggungjawab yang besar dbahu aq, camne lah berkawin nanti, pas akat nikah mesti terasanya.. Amanah dan tanggungjawab..uhuhu...

Yah selama aq bercuti n selama mak ayah aq g umrah ni, keje aq stiap hari hantar n amik adik2 aq skola..uhuhu.. Mula2 ni xlah antar pagi2, tp time ayh aq xda nanti, aq la yg kena antar..uhuhuhu.. seronok pun ada rasenya, sbb aq ingin rase camne mak ayh aq antar adik2 aq skola awal pagi..hehe.. Skola rendah, agama n menengah..wow banyk tol skola kena antr..uhuhu.. Tapi xpe, adik2 aq no 2 n 3 ada, ehhehek , kalo penat suruh dorg je amikn antar..uhuuhu..  Insyallah smua urusan aq dpermudahan..