Pengikut

Rabu, 27 April 2011

Salam perpisahan..

Salam buat rakan2 kelasku.. banyaknya kenangan kita bersama selama  3tahun kita bersama kt polisas ini... Kalo boleh aq nk tulis nama korang satu2 kt blog aq ni..uhuhu.. Tapi penat lak tangan nak menaip..hehe.. Cuba kita imbas kembali kenangan kita masa sem 1 dulu,  masa kita mula2 masuk poli ni, camne kita berkenalan satu kelas..uhuhu.. mesti time tu semua teruja kan jumpa kwn2 baru d tempat baru.. Semua muka skema baru abis tingkatan 5, muka budak2 lagi..hahahak.. yang bru balik PLKN, konfem2 ada yg gelap2..hehe.. sori sape yg terasa tu..uhuhu


Kawan2 semua, entry ni khas tok korang dari aq.. kenangan kita bersama... aq hanya mampu tok letakan banyak gambar kenangan kita.. sebab aq xmampu menahan sebak di dada
  
Wahai teman2 ku, begitu akrab hubungan kita ini, kita 1 kelas ni sudah ibarat satu keluarga besar.. perpisahan kita ni merupakan satu perpisahan yang besar.. Ntah bila kita boleh bertemu lagi, harapkan pada ketentuan Allah tok jumpakan kita.. Insyallah perpisahan kita merupkan perpisahan yg terpelihara dan diredhaiNYA.. Aq doakan Allah akan mengantikan dengan rakan2 yang sama seperti kalian semua ini..
Sebak hati aq time menulis blog ni, menangis kot xmampu nak tanggung, lemahnya aq..huhuhu.. Aq doakan kamu semua wahai teman berjaya didunia n akhirat, mencapai cita2 korang k... 


Isnin, 11 April 2011

Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah. Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Sabtu, 9 April 2011

AKU SAKIT...

Salam..
Banyak sungguh dugaan yang aq tempohi semasa sem 6 ini.. Banyak benda baru aq pelajari, belajar mengenai menjadi pemimpin,  berlajar perhubungan dengan orang ramai, cinta, cemburu, belajar dalam kelas... Memang banyak sangat cabaran aq kena tempuhi, aq pada mulanya sedikit goyah tetapi alhamdulilah aq dapat lalui semua ini dengan baek walaupun ada kekurangannya..

Sekarang
Final exam bagi last sem sudah dekat, tinggal seminggu lagi, tapi aq belom bersedia sangat.. ditambahkan lagi 1 dugaan yang besar aq terpaksa tempuhi iaitu aq sakit chicken pop. sakitnya n tambahkan lagi dengan demam, sakit dada n tekak, sengal2 badan...Hanya  Allah  yang tahu betapa seksanya diriku ini, setelah satu2 ujian aq terima, hati ini masih belum pulih tapi Allah bagi ujian sakit ini, sakit diluaran.. Aq redha dengan semua ini terjadi, Allah mahu menguji keimanan aq terhadapnya disamping memhapuskan dosa2 yang pernah aq buat.. Aq mohon padamu YA Allahkau pulihkanlah aq dengan segera supaya aq dapat menduduki final exam last semester ini.. Aminnn...

Hadith :
Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat". Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a