Pengikut

Sabtu, 9 April 2011

AKU SAKIT...

Salam..
Banyak sungguh dugaan yang aq tempohi semasa sem 6 ini.. Banyak benda baru aq pelajari, belajar mengenai menjadi pemimpin,  berlajar perhubungan dengan orang ramai, cinta, cemburu, belajar dalam kelas... Memang banyak sangat cabaran aq kena tempuhi, aq pada mulanya sedikit goyah tetapi alhamdulilah aq dapat lalui semua ini dengan baek walaupun ada kekurangannya..

Sekarang
Final exam bagi last sem sudah dekat, tinggal seminggu lagi, tapi aq belom bersedia sangat.. ditambahkan lagi 1 dugaan yang besar aq terpaksa tempuhi iaitu aq sakit chicken pop. sakitnya n tambahkan lagi dengan demam, sakit dada n tekak, sengal2 badan...Hanya  Allah  yang tahu betapa seksanya diriku ini, setelah satu2 ujian aq terima, hati ini masih belum pulih tapi Allah bagi ujian sakit ini, sakit diluaran.. Aq redha dengan semua ini terjadi, Allah mahu menguji keimanan aq terhadapnya disamping memhapuskan dosa2 yang pernah aq buat.. Aq mohon padamu YA Allahkau pulihkanlah aq dengan segera supaya aq dapat menduduki final exam last semester ini.. Aminnn...

Hadith :
Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat". Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan