Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

betolkah itu cinta?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar 
kencang dan suara kita tersekat di dada?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata 
darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di 
sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan 
semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana 
kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya 
membuat hati kita melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita 
mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari 
hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita 
senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara 
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami … menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian 
dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia 
dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat 
itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? 
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? 
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa 
kita begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA

Selasa, 23 Ogos 2011

KETAHUILAH BANGSA MELAYU ISLAM, BANGSA DITAKUTI FREEMASON ILUMINATI/DAJJAL LAKNATULLAH( bahagian 2)


Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.  Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

"Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

sambungan : http://secalitkisahku.blogspot.com/2011/09/ketahuilah-bangsa-melayu-islam-bangsa.html

Isnin, 22 Ogos 2011

KETAHUILAH BANGSA MELAYU ISLAM, BANGSA DITAKUTI FREEMASON ILUMINATI/DAJJAL LAKNATULLAH( bahagian 1)

 Artikel ini aku copy dari sahabat aku, insyallah semua ini akan menyedarkan diri kita... Sama2 kita membacanya dan sebarkan..


Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.



Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.INGAT RAJA-RAJA MELAYU!FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).



Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?APA RAHSIANYA?

sambungan : http://secalitkisahku.blogspot.com/2011/08/ketahuilah-bangsa-melayu-islam-bangsa_23.html


Ahad, 21 Ogos 2011

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan. 

sumber : http://kongsinet.blogspot.com

Sabtu, 13 Ogos 2011

Cinta kamu pd Allah n Manusia

Nukilan ini sebenarye sudah aq share di FB bpe minggu yg lalu, mungkin sudh ad yg membaca or tidak.. pape pun semua ini hanyalah nukilan aku sendiri dri pendapat dan pandagan aku.. selamat membaca n sharing k..

Bosan btol aku mendengar ayat2 dari org, cinta pd Allah tu lebih baek.. Peh rase bengang je.. Nape aq bengang? sebab tu ayat org yg pernah putus cinta!! Damm je..hahahhaaha... 


Bukan ape wahai kawan2 ku.. Kamu tahu bezakan antara cintakan Allah dan manusia? Mudahnye cinta pd manusia dan mudahnye cintakn pd Allah... Nape aku xsuka statemnt2 camtu, ntah la aku pun xtau nk ckp..uhuu.. tp mari kita  pikirkan apa itu  CINTA.. Cinta sesama manusia Allah  yg jadikan tok sesama insan lelaki n perempuan, Allah yang cipta tok hambanye.. Cinta yg datang dari naluri hati..Cinta antara manusia itu Indah Seindahnye kerana cinta yg dicipta oleh Allah ini adalah ciptaan yg teragung utk hambanye dan tidak dpt dilihat, hanya  boleh dirasai.. Ye memang cinta pd Allah itu lebih baek, tapi cinta kita pada manusia ngn Tuhan laen.. Cinta dengan Allah dengan turuti perintah wajib n larangan dari NYA.. Beriman dengan rukun Iman dan Islam, taat pada kedua Ibu bapa dan banyak lagi, itulah Cinta kita pada Allah..dan cinta itu memang akan kekal selamanya yg bw kita ke Syurga..


Cinta akan manusia berbeza, cinta sesama insan lelaki n wanita.. cintakan antara satu sama laen.. yg saling memerlukan dalam hidup, saling bergantung utk hidup.. Ye kalo org tidak bernikah itu boleh hidup aman damai, tapi sebenarnye hidupnye tidak lengkap.. Tidak lengkap kerna tidak mempunyai harta yg Allah berikan pada setiap manusia iaitu Cinta.. Memang mudah mencari harta, tapi tidak mudah mencari harta Cinta ini.. Cinta yang kita impikan ialah cinta yg kekal selamaye yg membawa ke syuga.. Cinta ini sememangnye ditunggukan oleh setiap manusia.. dan kita mesti ingat Allah akan bagi cinta itu pada setiap hambanye apabila sampai waktunye utk kita merasainye harta sebenar ini... Cuma kita sahaja yang mampu menjaga harta Cinta ini, baek buruknye cinta itu hasil dari  bagaimana kita menjaga n mengawalnye.. Itulah silapnye "couple" kerna tidak menjaga harta Cinta itu sebaek2nye dan berlakunye titik-titik hitam dalam harta Cinta itu.. Baek buruk cinta itu datang dari kita sendiri.. Mari kita renungkan2kan..



Sabtu, 6 Ogos 2011

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang  melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.

Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai, walaupun itu hanya  prasangka ku. 

Jika boleh aku beri alasan, mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. Kerana itu, aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung.

Sakit hatiku ku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang  terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku, 
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.

Wahai kamu  yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk  menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar.  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARI ku. 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari ku bila dia bukanmu.
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat  inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah meminang mu bukan sebagai isteriku namun sebagai kekasihku.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk  meminangmu? Dan kau pun siap dengan pinanganku?

Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir,  semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini. 

Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama  akhirnya,  setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

sumber:http://akuislam.com/blog/

Selasa, 2 Ogos 2011

Sajak ramadhan untuk rakan2 dan sahabat2..



Ku menghitung hari,
Ku mengira detik,
Ku menunggu Saat,
Akhirnya tiba jua hari-hari yang semulia dan seindah ini..

Duhai Sahabatku,
Semoga Ramadhan yang kau lalui ini,
Menjadikan kau insan yang tabah, cekal dan sabar,
Jadikan Ramadhan ini peluang untuk beribadah semampu diri,
Datangnya hanya sekali setahun,
Malamnya penuh kerahmatan ilahi,

Duhai sahabatku,
Dengarlah rintihan ini,
Pimpinkanlah dirimu, dijalan yang penuh berduri,
Carilah ilmu mengenal Allah,
Pencipta dirimu ini..
Selamatkanlah dari tipuan dunia..
Menuju ke alam yang abadi..

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan iman..
Kepada sahabatku ini,
Sentiasa dia dalam bimbinganmu,
Setiap detik.. setiap saat,
Dalam redhamu..

Duhai sahabatku,
Syawal bakal menjelma jua,
Segala keriangan pasti menimpa,
Asalkan kau tidak lupa akan Kebesarannya,
Maha pencipta hari-hari yang mulia ini..

Inginku mengambil kesempatan ini,
Ku susun sepuluh jari,
Ampunkanlah sahabatmu ini,
Halalkan segalanya yang pernah kau beri..
Terima kasih atas segalanya..
Semoga kau peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..
Aminnn....

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. 

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. 

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. 

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 
 
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. 
 
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) 

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib)

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: 


Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.. 

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) 

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.