Pengikut

Selasa, 3 Mei 2011

Cinta & Perhatian

Apa itu cinta? Apa itu perhatian? Mesti semua pernah rase sayang n cinta dan ada yg pernah rasa pe tu Perhatian...

Bagi pandangan aku..Cinta itu tidak akan hadir dan datang dalam hati jika perasaan sayang itu tidak ada... Ya dengan perasaan sayang itulah cinta itu wujud.. Cinta itu bukan mudah utk hadir dalam diri seseorang, memakan masa yang lama.. Tapi sayang itu boleh wujud dengan sendiri tanpa diminta.. Ada mereka yang sudah berkahwin pun perasaan cinta kepada pasangan masing2 masih tidak ada walaupun sudh lama hubungan mereka, hanya ada sayang.. Dan sayang itu lah yang membahagiakn hubungan itu ketika itu.   perasaan ini sukar kita gambarkan n dengan kata2.. Tapi Mereka yg sudah merasai sayang itu tahulah bagaimana rasa sayang itu.. Tapi sayang itu boleh hilang dengan cepat berbanding cinta.. Semua orang kita boleh rasa sayang, tapi cinta tidak, bukan semua orang kita boleh rase cinta.. Sayang itu boleh hadir dengan sekejap dan pergi dengn sekejap tapi cinta tidak.. Cinta itu akan kekal selamanya..Tapi cinta itu boleh berubah jg akhirnya kerana cinta itu datang dari 1 hati, dan hati itu boleh berubah..

Disaat kita menyanyanginya, kita akan menyuruhnya membuat pilihan dan disaat kita mencintainya kamu akan menanti dan terus menanti dengan setia walaupun ketika itu kita telah berpisah dengannya.... Begitu indahnya sayang dan cinta itu.. Jika dua ini disatukan..

Perhatian..Semua orang memerlukan perhatian, ada sang laki n perempuan yang perlukan perhatian dan ada yang tidak perlukan perhatian.. Banyak kisah cinta sesorang berkaitan dengan perhatian dan cinta ini. Ada yang ketika dia bercinta dengan kekasihnya tetapi tidak pernah rasa diberi perhatian, dan dia perlukan perhatian dari kekasihnya.. Tapi setelah ditemukan dengan seseorang yang benar beri perhatian pada kita n kita mula bahagia dengan seseorang itu kita mula ada perasaan pada dia, tapi sebenarnya kita keliru dengan perasaan ini.. Dan disaat kita berpisah dengan kekasih hati yang pertama itu dan kita mulakan perhubungan baru dengan kekasih baru yang banyak beri perhatian pada diri kita, pada  ketika itu kita hanya rasa bahagia seketika, kerana pada masa yang sama kita masih menyanyangi dan cintai kekasih lama kita. Pada ketika itu hati ini mula meronta meraung kerana rindu dengan cinta itu, walaupun pada ketika itu kita sudah ada penganti dan mendapat perhatian darinya... walaupun kekasih kita itu dulu tidak beri perhatian pd kita,biarkan kita, abaikan kita, tinggalkan kita, sakiti hati kita tapi mengapa kita masih tetap kita sayang n cintakan dia.. Itulah dinamakan CINTA..Sungguh hebatkan cinta itu.

Disini kita boleh melihat apa itu beza perhatian dan cinta..   Susah untuk kita gambrkan melainkan kita melalui pengelaman itu. Itu dalam prospek seseorang yg selama ini yg tidak dapat perhatian dan akhirnya dapat perhatian dengan kekasih baru tetapi tidak kekal lama ngn kekasih baru itu, disebabkan diri kita masih mencintai kekasih yg lama dan ingin  kembali pada si dia kekasih lama.... Dan ada pula kisah cintanya ada dua2 ini, perhatian dan cinta..

Cinta dan perhatian ini sebenarnya berbeza dan kadang kala kita memerlukan kedua2nya dalam hidup kita.. Cinta itu sebenarnya tidak perlukan perhatian, kerana cinta tu kekal dan wujud dalam hati, melainkan diri kita yg membuang cinta itu.. 

Disaat kita menyayangi dirinya, kita ingin sekali buatkan dia bahagia.. dan disaat kita mencintanya,kita sanggup buat apa sahaja demi kebahagian walaupun harus dikorbankan jiwa kita... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan