Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

(sambungan) Asas Fotografi Digital

2. Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR

1.Pro
2.Semi pro
3.Prosumer
4.Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain.Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
•Nikon D3
•Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital

• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
Sistem Four Third

Lensa

Jenis-jenis Lensa

Terdapat 4 jenis lens.
Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.
Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar.
Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism.
Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm
Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Sigma 10-20mm Ultra wide lens

telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :

a) Kategori : Ultra wide – fish eye
Lensa: Nikkor 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye. Selain ini:Tokina 10‐17mm
Contoh Gambar :



  • Pandangan membengkok.
  • Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif.

b)Kategori : Ultra Wide
Lensa : Nikkor AF‐S 14‐24mm f/2.8G ED. Selain lens ini: Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 ED DX Sigma 10‐20mm Tokina 12‐24mm
Contoh Gambar :
  • Perspektif latang belakang yang luas.
  • Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group photo, perkahwinan dan photojournalism.

c)Kategori :Standard Zoom Kit lens
Lensa : Nikkor 18‐55mm f/3.5‐5.6G ED II AF‐S DX Zoom.Selain lens ini, Tamron 17‐50mm f2.8 Canon 17‐55 mm Contoh Gambar :

  • Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom
  • Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi
d)Kategori : Standard (tiada zoom)
Lensa :Noctilux 50mm f/1.0.Lain‐lain Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 Nikkor 35mm
Contoh Gambar :

  • Perspektif latarbelakang yang biasa.
  • Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion)

e)Kategori : Telefoto (tiada zoom)
Lensa :Canon 85mm f1.2L

Contoh Gambar :
  • Perspektif latarbelakang yang kecil.
  • Kesesuaian penggunaan : portrait

f)Kategori : Telefoto Zoom
Lensa : Nikkor 70‐200mm f/2.8G ED‐IF AF‐S VR

Contoh Gambar :
  • Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait


Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh

Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.


30mm f2.8 80mm f2.8
Panjang Fokal

Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas
Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.
 Panjang fokal dan perspektif.
Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.


Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk mendapatkan satu gambar yang serupa.


Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.
Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.


Sambung...
Sumber gambar :www.pbase.com
http://adhadimohd.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan